Latar Belakang dan Peranan

LATAR BELAKANG

Majlis Profesor UniMAP telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan merupakan satu badan khas yang wajib ditubuhkan di setiap universiti di Malaysia. Buat masa ini jumlah ahli Majlis Profesor Universiti UniMAP adalah sekitar 30 orang.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-126 (Bil. 10/2018) telah meluluskan penjenamaan semula Majlis Profesor UniMAP kepada nama baharu iaitu Jemaah Profesor UniMAP berkuatkuasa 1 November 2018.

PERANAN

1- Penasihat dan pakar rujuk kepada perancangan, pengurusan, pelaksanaan, penilaian, pemantauan, dan penambahbaikan kualiti bagi proses akademik, penyelidikan, dan pentadbiran Universiti 
2- Penghubung antara pengurusan tertinggi, pengurusan pertengahan, dan pentadbir dalam penyelarasan aktiviti profesor UniMAP
3- Perantara Jemaah Profesor Negara (MPN) dengan UniMAP
4- "Think tank" kepada Naib Canselor dan pengurusan UniMAP
5- Pusat Rujukan dan penasihatan dalam isu dan permasalahan Universiti 
6- Penilai 'tesis terbaik' pengajian pasca-siswazah
7- Menyediakan ekosistem yang membantu memartabatkan ilmu serta melahirkan barisan pemikir yang berkaliber 

Untuk maklumat lanjut mengenai Jemaah Profesor UniMAP, sila hubungi:

Jemaah Profesor UniMAP
Pn. Hanimah Karjoo
Penolong Pendaftar
Tel.: +604 979 7947
Fax : +604 979 7948
Email: hanimah@unimap.edu.my

Tarikh dikemaskini: 30 Januari 2019

Jemaah Profesor UniMAP
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
Tingkat 10 , Bangunan KWSP,
01000 Kangar, Perlis, MALAYSIA.
Tel: 04-9797949
Fax : 04-9797948
Emel: pa_mprof@unimap.edu.my

Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 800 resolution